KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 34.3 peratus dengan 4,741 kes kes melibatkan kerugian RM558 juta setakat 11 Feb tahun ini, berbanding 3,530 kes dengan nilai kerugian RM181 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
"Perubahan senario jenayah komersial ini menuntut ketekunan dan kesungguhan warga JSJK untuk memberikan perkhidmatan terbaik khususnya dari aspek siasatan dan pembanterasan.
"Sepanjang 1 Jan hingga 11 Feb 2024, sejumlah 2,065 kertas siasatan telah berjaya dituduh bersamaan 49 peratus daripada keseluruhan kertas siasatan yang dibuka," katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 1,736 kertas siasatan yang dituduh.
Menurut beliau, trend peningkatan kes dan nilai kerugian yang direkodkan itu merupakan satu cabaran kepada JSJK dan sehubungan itu, usaha bagi membenteras kegiatan jenayah komersial perlu dilipat gandakan bagi membenterasnya habis-habisan.
"Selain itu, penglibatan setiap lapisan masyarakat amat penting dalam memainkan peranan masing-masing khususnya dalam usaha pencegahan jenayah komersial ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Ramli (dua, kanan) bercakap pada sidang media mingguan di Menara KPJ Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Panggilan video berlatarkan IPK Perak, polis kesan taktik baharu scammer
JSJK mengesan modus operandi yang mengeksplotasikan laporan polis dalam talian e-Reporting melalui panggilan video untuk memperdaya mangsa membuat bayaran atau pindahan wang.
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
Kecanggihan teknologi AI bawa cabaran baharu banteras jenayah penipuan - JSJK
Ramli berkata ini kerana perkembangan teknologi AI yang sangat drastik, dan ia boleh disalahgunakan.
JSJK beri fokus tiga perkara tingkatkan siasatan jenayah komersial
Memperkasakan siasatan bagi memastikan kadar pertuduhan yang lebih tinggi dapat dicapai antara tiga fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tahun ini.